Followers

Thursday 31 May 2012

pengalaman baru di Kelantan.....


Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis di sini….pada kali ini nak bercerita tentang program keluarga angkat yang telah aku sertai pada 24-26 mei 2012 lepas yang di adakan di kampung kemubu, kuala krai kelantan. Merupakan satu perjalanan yg agak jauh iaitu lbh kurg 9 jam dari UPSI, Perak.

Pada awalnye, ak terasa amat berdebar kerana ianya merupakan program keluarga angkat yang pertama buat diri aku. Semasa ingin ke kg kemubu ini bas terpaksa menempuh kawasan hutan kerana kg kemubu ini merupakan satu kawasan pedalaman. Tiba-tiba kelihatan jalan kereta api dan munculah kg kemubu. Penduduk kg dan pelajar2 sekolah telah pun menunggu kehadiran kami. ketika ini debaran semakin bertambah. Kami di sambut meriah oleh mereka dan diiringi sehingga ke kawasan sekolah.

~menunggu ketibaan kami...~

~jom ke sekolah...~


  ~berjalan menuju sekolah~


Selepas itu, kami diserahkan kepada keluarga angkat kami. keluarga angkat aku merupakan tok penghulu di kawasan tersebut. Alhamdulillah. Kemudian kami semua bergerak pulang ke rumah masing2. Setibanya dirumah aku di sambut mesra oleh mak,nenek dan adik2 angkat yang sangat mesra. Mereka telah pun menyediakan sebuah bilik untuk ak. Terasa serba salah kerana kehadiran aku seakan-akan menyulitkan mereka tetapi mereka menerima aku dengan penuh kemesraan.


~rumah keluarga angkat...~ 

Suasana kampung yang sangat indah membuatkan aku terasa tenang. Berjalan2 di kawasan kg, ditegur oleh orang kampung. Sangat2 menarik. Di sini juga lah merupakan kali pertama aku makan ikan sungai dan sedap rupanya. Huhuhu..pada malam hari pula, aku dan kawan2 berjalan2 pusing kampung dan menonton persembahan dikir barat daripada remaja kampung.


 ~berjalan-jalan di kampung with adik debab....~

Hari kedua pula di penuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya senam robik, slot motivasi, LDK, ceramah keibubapaan, sukaneka dan ceramah agama. Hari kedua sangat penat tetapi dipenuhi dengan pelbagai pengalaman baru. Hari kedua juga membuatkan ukhwah kami dengan ahli kelauarga angkat semakin erat dan terasa sukar untuk berpisah. Pada malam kedua ini aku agak lewat tidur kerana menyiapkan video yang ingin di tayangkan kepada adik2 pada keesokan hari. Sayu melihat adik angkat aku tidur kerana dia tidur sebilik dengan ak memandangkan aku akan berpisah dengannya.

 ~aksi ayah bermain boling...~

 ~with mak n debab...~


 ~abang n akak angkat pun seronok bermain....~


 ~aktiviti bersama aidk2....~

Hari terakhir di mulakan dengan senamrobik. Kemudian kami berkumpul di dewan untuk majlis perpisahan. Semasa bersalaman, semua adik2 menitis kan air mata kerana kami bakal berpisah. Hampir kesemua fasilitator juga menangis. Aku pun tidak tertahan kerana pada diri ku, perpisahan merupakan sesuatu yang sangat berat. Aku memeluk erat adik angkat aku yang turut menitiskan airmata. Kelihtan juga keikhlasan pada wajah adik2 yang menitiskan airmata. Detik yang sangat perit buat aku.

 ~aik2 menitiskan airmata...~

Selepas itu, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap-siap untuk pulang semula ke UPSI. Kelihatan wajah mak dan nenek yang begitu sayu membuatkan aku terasa bertambah sayu. Mak mengajak aku makan tetapi langsung aku tidak berselera. Kemudian aku masuk ke bilik untuk mengemas barang. Mak masuk kebilik dan memberikan hadiah kepada aku dan sejumlah wang. Begitu juga dengan nenek. Ketika itu aku menitiskan airmata mata kerana terasa amat sayu. Mak juga turut membekalkan kau dengan makanan yang sangat banyak untuk di makan semasa perjalanan. Kemudian kami semua bergambar sekeluarga. 

 ~with my adik angkat aniq..~

 ~with my family angkat...~

Kami sekeluarga pun berjalan menuju ke kawasan menunggu bas. Semasa hendak menaiki bas, aku bersalaman dengan keluarga angkat dan terasa amat sedih untuk berpisah. Aku usap kepala adik2 angkat ku, terasa amat sayu. Semasa lambaian terakhir di atas bas, aku turut menitiskan airmata.



~gembiranya...~ 



 ~setia mereka menghantar kami naik bas...~


Begitulah pengalaman pertamaku bersama keluarga angkat yang sangat terindah. X mampu nak ungkap dengan kata-kata. Banyak pengalaman baru yang aku pelajari disini. Semoga kenangan ini kekal selamanya. Kepada ayoh, mak, nenek, aniq, achik, alia n debab, abe sayang korang selamanya. Terima kasih kerana sudi menghiasi diri abe. wassalam....

Saturday 5 May 2012

program with adik2 Madrasah Idrisiah...^_^

assalamualaikum wbt....

 alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menulis di sini.... erm kali ini nak bercerita dengan kalian tentang program bersme adik2 Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar..Pada mulenye agak gementar utk bersme2 adik sklh agama...tapi alhamdulillah sgt seronok...macam kenangan yang telah kami semua ukir bersme...selama 3 ari ini pelbagai aktiviti di jalankan seperti colek2 mesra. takruf, syg si buta, slot protokol, talentime nite, eksplorasi minda dan sebagainya...meh lihat gmbr kami smua bersme.....




~with adik2 MADID~

~hasil kerja adik2...tag name mereka...~

~adik im bersyair...nice~
~x smpai ati nak berpisah.....~
~sibuknya adik2 ni...~
~sayang si buta...~
~mangsa kami...huhuhu~
~kesian adik2 ku di tutup mata....^_^~
~adik2 lelaki...~
~fokusnya adik2 ni...~
~bukakan gariku...~
 ~berakit....~
~me n kayak~ 

~adik2 yg sgt3 sporting...~
~detik2 akhir..~
 ~with adik ajrun~

 ~with adik salam~

~with adik im~ 

~nak balik dah...~

alhamdulillah program 3 ari 2 malam ini berjalan dengan lancar...kami smua mendpt kerjasama yg sgt baik drpd adik2 yg sgt2 sporting...smoge sedikit ilmu yg kami smua curahkan dan kongsi kpd adik2 di manfaatkan..tQ sgt2 sebab sgt seronok bersme adik2....dalam program ini juga alhamdulillah saya dapat mengaplikasikan ape yg saya belajar bersame adik2 smua...jgn lpekn kmi yek adik2...moge ukhwah yg terjalin kekal wat slamenye...amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...