Followers

Wednesday 9 October 2013

berubah menjadi sayang...

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...


harini zaff nak update tentang program kepimpinan bersama adik-adik smk klian pauh...program ini merupakan program kak ila iaitu senior zaff  dan guru2 praktikal ...untuk program kali ni zaff tak terlibat secara langsung. just ambil adik angkat dan kendalikan kumpulan... pada program kali ni zaff perolehi banyak pengalaman baru...pihak sekolah minta agar program kali ni lebih tegas untuk mendisiplinkan para peserta...

alhamdulillah pada program ni zaff dapat rapat sangat dengan adik-adik yang duduk rumah zaff berbanding dengan program sebelum ni...program sebelum ni zaff lebih terikat dengan aktiviti so x sempat nak spent time dgn mereka...tapi kali ni alhamdulillah...adik2 ni pun mudah mesra dengan zaff...zaff start rapat dgn adie, black, ameer, ala, syafiq dan dengan ketua pengawas n the geng.... tapikan, adik2 ni semua memang peramah dan mudah mesra...
                                                                                                        ~black, adi, zaff, syafiq dan afiq...~

zaff bukan jenis yang suka bawa perwatakan yang garang, tapi zaff cuba rapat dan selami perasaan mereka dan sebenarnya, jauh dia sudut hati mereka sebenarnya mereka masih mencari apa erti itu kasih sayang....alhamdulillah para fasilitator memberikan kasih sayang semampu mungkin untuk mereka... 

~ketua pengawas n the geng...~

pada hari terakhir zaff berkesempatan berbicara luahan hati dengan adik2 smk klian pauh....bila zaff dah mula sayang, selamanya zaff akan sayang...tatkala zaff berkongsi dengan mereka apa itu erti kasih sayang, zaff tersentuh melihat ada yang turut menitiskan airmata...dan buat pertama kalinya zaff melihat lebih ramai lelaki menangis berbanding perempuan...walaupun yang lelaki ni berwajah ganas tetapi jauh disudut hati lembut rupanya....zaff juga sebak melihat adik2 perempuan yang bergenang airmata tetapi cuba untuk terus menahan...

zaff cuba menahan tetapi airmata ini tetap mengalir tatkala syafiq datang peluk zaff sambil menangis teresak-esak...didatangi pula adi dan black membuatkan zaff bertambah sebak..zaff terharu melihat keikhlasan daripada adik2 ini yang ingin sangat berubah...zaff paling terkejut apabila melihat seorang adik lelaki berbangsa india yang menangis teresak2...zaff dekati dan peluk adik tersebut.... mungkin sebelum ini mereka tidak berpeluang meluahkan rasa hati mereka, tetapi kali ini adik-adik ini dapat meluahkan segalanya... zaff yakin bahawa program ini mampu menjadi sebagai platform untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik.... 

di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan...zaff dan para fasilitator sempat menghantar mereka sehingga ke bas...zaff masih terus menahan perasaan ini...tetapi tatkala kak ila mengucapkan kata selamat tinggal, zaff teresak-esak menangis dan terduduk...segala yang ditahan kini terlerai...zaff menangis sepuas-puasnya....sungguh berat untuk melepaskan tatkala ikatan itu sudah erat tersimpul.....


kepada adik-adik SMK Klian Pauh, yakin dan percayalah bahawa kalian merupakan insan yang terpilih...pasti ade hikmah yang tersembunyi kenapa adik-adik terpilih untuk menyertai kem ini...mungkin ade yang disakiti, terluka jiwa, terasa tapi percayalah bahawa ianya ada maksud yang tersembunyi... abg dapat lihat perubahan yang adik-adik cuba untuk bawa...kami semua sentiasa ada menyokong adik-adik semua....ingatlah, adik2 masih ada ibu bapa, cikgu2, keluarga, kawan2 dan kami semua yang sentiasa menyokong adik2...keep strong dalam menghadapi perjalanan hidup...jangan pernah takut utnuk jatuh kerana  bila jatuhlah kita belajar untuk teruis bangkit.....sayang adik-adik semua...wassalam....


 ~selamat tinggal....~

~kenangan terindah...~

Friday 20 September 2013

perlukah aku menangis....

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...

hari ini tergerak hati zaff untuk menulis di sini...tak tahu kenapa zaff terasa sangat lemah tapi zaff cuba untuk terus bertahan sehingga kan otak ini seolah-olah berhenti memikirkan perkara-perkara lain selain daripada nasib adik-adik junior kolej za'ba....zaff bukan seorang yang sangat kuat tetapi secara tiba-tiba semangat dan kekuatan itu hadir dengan sendirinya...

~group zaff...~

sangat berat untuk melepaskan adik-adik junior kolej za'ba untuk berpindah ke kolej lain tetapi kami terpaksa...walaupun zaff sering menjadi pembakar semangat dengan melemparkan kata-kata motivasi kepada adik-adik semasa perjumpaan, tetapi hati ini terlalu rapuh dan menangis....walaupun senyuman ini sentiasa menemani adik-adik tatkala perjumpaa, tetapi zaff rasa seperti zaff kehilangan sesuatu yang sangat besar..tambahan pula melihat ukhwah yang sangat indah di antara kalian membuatkan abg tersentuh... walaupun baru seketika kita semua bersua tetapi ikatan yang terbina sangat luar biasa.....

zaff cuba untuk melepaskan semua perasaan hiba,  tetapi diri ini tidak mampu lagi untuk menangis...ketika memperjuangkan hak adik-adik untuk stay di kolej za'ba, zaff ibarat mempunyai semangat yang baru tambahan pula para MMKZ sentiasa bersatu demi mempertahankan amanah yang kami pegang selama ini...tetapi kami terpaksa gugurkan segelintir daripada mereka...terlalu perit untuk membuat keputusan ini...

~menangislah jika ia mampu membuatkan kita terus kuat~

kepada adik-adik junior kolej za'ba yang abg sangat-sangat sayang...plizz keep strong, tak kira di mana sekali pun adik-adik berada, adik-adik tetap sebahagian daripada kami, dulu, kini dan selamanya....buktikan kepada semua bahawa adik-adik insan yang kuat dan tabah...seperti abg selalu kata adik-adik merupakan insan yang terpilih...teruslah menyerlah....biarlah kali ini kita jatuh, kita tersungkur, tetapi jangan pernah biarkan diri kita untuk terus tersungkur...bangkit dan teruslah bangkit wahai adik-adikku....

bersama adik-adik semua membuatkan abg merasakan sangat di hargai...tambahan pula dengan post-post dan video-video di group MOZA...sangat menyentuh hati ini....serius yang abg sayang sangat-sangat dekat adik-adik semua...terlalu berat untuk menghadapi semua ini...semoga semua kenangan yang pernah kita bina akan kekal abadi hingga ke akhir hayat...sekali adik-adik hadir dalam hati kami, selamanya kekal di hati kami...love u all somuch...i will miss u all.....inilah perpisahan termanis yang pernah abg rasai....wassalam....









Monday 16 September 2013

indahnya bila ada mereka...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah masih berkesempatan menulis di sini....dah lame blog ini terus menyepi.....baru-baru ini baru sahaja berlangsung minggu orientasi kolej za'ba....such a nice memories together....dah lame zaff x pegang group utk program sbb asyik handle kat depan je...tapi kali ini zaff dapat kumpulan.....yahoo...

~kumpulan zaff~

program kali ini juga sgt berbeza buat zaff dan zaff cuba utk terus kuat sepanjang program ini berlangsung... pada 4 september, iaitu semasa program merupakan bufday arwah mak zaff...zaff cuba utk kuat sepanjang aktiviti tetapi hati ini tidak mampu terus menipu...tatkala muiz memanggil zaff ke pentas, zaff dah mula menggeletar..muiz mengajak adik2 peserta untuk sedekahkan al-fatihah utk arwah mak...turun sahaja dari pentas, airmata ini terus berderai...lan memeluk zaff dan syukor terus memujuk...terharu pabila lan mengelap airmata zaff...zaff menangis sepuasnya ketika itu...terima kasih kerana sudi hadir di dalam diri ini...pada masa itu juga ramai fasi yang terdiam dan ada peserta yang menitiskan airmata.....

~lan dan zaff~

zaff bersyukur kerana terlalu banyak insan yang hadir dalam diri zaff yang buat zaff terus kuat...zaff sentiasa menjadikan syukor sebagai penguat semangat zaff...pada zaff dia begitu tabah...walaupun dia sudah kehilangan mak dan ayah tapi dia terus kuat dan tabah menghadapi dugaan darinya...zaff bayak berkongsi kesedihan dengan syukor...syukor ni dah macam adik zaff sendiri...zaff juga dah start rapat dengan syukor sejak minggu orientasi kolej semester lepas....thanz syukor sbb baik sgt dengan abg zaff...

~syukor dan zaff~

semasa program ini juga, adik2 junior sangat baik dengan zaff...zaff terharu bila hairul cakap yang dia turut menitiskan airmata pabila berbicara tentang mak dan ayah....pada zaff yang hairul ni boleh pergi jauh walaupun dia agak pemalu macam syukor...alhamdulillah kerana Allah hadirkan banyak insan yang istimewa dalam hidup zaff... thanz juga to my beloved ibu/ami yang sentiasa menjadi peneman zaff utk menangis dan babah yang sentiasa support zaff...thanz a lot ibu dan babah....kepada kak nurul dan fifi, tQ sbb masih bersama zaff...insan yang selalu menjadi peneman zaff..sedih sbb kak ila dan kak lala dah x de semester ni...really miss them...to asma, my partner, tQ sbb sudi melayan kerenah zaff yang nakal ni...tQ so much....kepada atiey, maff sbb selalu buat awak terasa...maaf sangat2 ye awak.. .dan kepada my bestfrenz nizam, tQ kerana sudi bersama di dalam keluarga selamanya bersama...thanz a lot....

~hairul dan zaff~

~zaff dan ibu~
~my beloved ami n babah~

~nizam , my bestfrenz...program kali ni bestfrenz sorg lagi, fauzi tiada..biasanya kami tiga serangkai..~

alhamdulillah juga kerana terlalu banyak insan yang bantu zaff untuk terus kuat...zaff masih ade family, zaff ade kwan2 sklh lame, adik2 asrama, geng 9 warriors, geng prestiges, keluarga semangat zaman, keluarga selamanya bersama dan semua kawan2 zaff...kpd lan dan maziah, jangan lupa yang anda berdua dah macam keluarga selamanya bersama tau...dah macam adik beradik zaff...kepada azmir yang jauh di korea, abg sangat rindu nak hack fb azmir...really miss u....kepada semua insan yang pernah mengenali diri ini tQ so much atas segalanya...kepada adik2 junior kolej za'ba, percayalah bahawa persahabatan itu merupakan satu perkara yang sangat indah dan tiada gantinya....warnailah hidup adik2 dengan pengalaman yang indah...take good care of urself...sayang kalian semua....wassalam...

~hari terakhir program~

Thursday 25 July 2013

terus mengukir kenangan

assalamualaikum wbt...=)

Alhamdulillah untuk tahun ketiga masih berkesempatan berada di tempat yang menyimpan jutaan kenangan buat zaff dan rakan-rakan…alhamdulillah bersama alumni asrama smkaa untuk program iftar jama’I dan penghayatan Ramadhan pada 19 dan 20 julai 2013… zaff dan para fasilitator berkesempatan berkongsi ilmu, berbuka dan bersahur bersama adik-adik asrama…utk zaff, sapik, hadzrol n dierah, ini program iftar utk tahun yg kedua buat kami sbg alumni asrama...tQ kpd fasilitator yg sentiasa sentiasa bersama-sama zaff...

 ~nametag~

~memori bersama~

Seperti biasa banyak masa dihabiskan dengan bercerita kenangan lalu sehingga lupa untuk mencipta kenangan baru… zaff dengan sapik asyik bersembang sehinggakan tidur pun hanya seketika… setiap pelusuk smk alor akar terdapat jutaan kenangan yang tidak mampu zaff lupakan… program kali ini juga memberikan jutaan makna pada zaff dan mengajar erti sebenar ukhwah…

Alhamdulillah kali ini zaff mulai temui keindahan ukhwah kerana Allah… hati zaff yang selam ini tersakiti Allah ubati semula…tQ yek sapik sebab banyak membantu..begitu juga zulhilmi dan abg hasra yang dah banyak memberikan zaff semangat.. tanpa kalian belum tentu zaff dapat berdri seteguh sekarang…terima kasih juga kerana menerima diri ini semula yek ‘budak kecik’…

 ~sapik n abg hasra~

Tahniah juga buat adik2 form4 yang dah bergelar pengawas asrama…zaff sangat2 bangga dengan arie, eba dan kirin yang mana merupakan junior yang paling rapat dengan zaff masa dieorg form 1 dulu… tahniah ye adik2 semua…serius bangga dengan kalian…korg pun dah besar daripada abg zaff…semua dah tinggi..dan untuk kali ini zaff di lantik menjadi mentor kepada kirin iaitu penyelaras exco badan pengawas asrama...

 ~kirin n zaff..zaff mentor die..~

~kirin, zaff n eba..~
~dgn arie..xde gambar latest..~


Serius yang program kali ini sangat indah buat zaff…tak lupa kepada semua fasilitator, abg hasra, zulhilmi, sapik, arif, hadzrol, bong, asyraf, dierah, syamillah, fatin, eton, nora dan najwa..tQ so much atas komitmen kalian…. Kepada adik2 asrama smk alor akar, tQ so much atas segalanya..abg sangat bangga punyai adik2 macam kalian… abg takkan pernah jemu untuk berkongsi ilmu dengan adik2 selagi nyawa ini bernafas…kalian pelengkap hidup abg…terus berusaha dalam mencapai kejayaan..doa daripada abg tdiak pernah putus untuk kalian…kejayaan kalian merupakan satu kepuasan buat abg.. sayang kalian selamanya….

~fasilitator~

~majlis penyerahan 'kid amanah'..~

Wednesday 12 June 2013

senyum....


senyum...

senyumku tidak seperti dulu....

terselit rasa duka....

rasa perit....

hiba.....

akanku cuba untuk terus tersnyum...

walaupun aku ibarat tidak wujud dimata mu....

aku pernah menyakiti mu dulu.....

maafkan aku....

maafkan aku...

maafkan aku sahabat...

=,(



Wednesday 29 May 2013

i won't give up....

when i look into your eyes
it’s like watching the night sky
or a beautiful sunrise
well there’s so much they hold
and just like them old stars
i see that you’ve come so far
to be right where you are
how old is your soul?

i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up

and when you’re needing your space
to do some navigating
i’ll be here patiently waiting
to see what you find
cause even the stars they burn
some even fall to the earth
we’ve got a lot to learn
god knows we’re worth it
no, i won’t give up

i don’t wanna be someone who walks away so easily
i’m here to stay and make the difference that i can make
our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
we got yeah we got a lot at stake
and in the end, you’re still my friend at least we didn’t tend
for us to work we didn’t break, we didn’t burn
we had to learn, how to bend without the world caving in
i had to learn what i got, and what i’m not
and who i am

i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up
i’m still looking up

i won’t give up on us
god knows i’m tough, he knows
we got a lot to learn
god knows we’re worth it


i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up



~~~saya sayang sahabat-sahabat saya~~~

Sunday 12 May 2013

bertuahnya mereka...=)

assalamualaikum wbt...

bertuahnya mereka....

kita dilahirkan dengan pelbagi liku kehidupan tetapi kita terus tabah menghadapi segala ujiannya...ada yang mampu dan ada yang merungut menghadapi segala cubaan ini...tanpa kita sedari masih ada insan2 kecil yang mana terus tabah menghadapi ujian dan cabaran daripada Ilahi....


~disebalik sebuah senyuman...~

arini zaff berkesempatan menghadiri program anjuran exco keusahawanan dan exco kebajikan kolej za'ba di rumah anak yatim baitul marhabah...sebenarnye arini zaff terlalu penat tetapi jauh di sudut ati zaff menyeru zaff utk tetap sertai program ini dan alhamdulillah program ini merupakan satu program yang tidak sia-sia buat diri zaff....setiap wajah adik2 ini menggambarkan satu perasaan yang tak mampu di ungkapkan dengan kata....badan zaff semakin lemah tapi zaff terus kuatkan diri dan tersenyum demi melihat sebuah senyuman daripada insan yang begitu istimewa pada zaff...


 ~aktiviti bermula...~
 ~seronoknye mereka...~

~with adik zaid...~

pada awalnye semua agak malu2 tetapi alhamdulillah mereka semakin rapat dan terus menghampiri kami semua...kami semua sedaya upaya mencurah kan kasih sayang semampu yang kami beri...mereka gembira, tersenyum dan kami melayan kerenah mereka dengan gelak tawa...kini sudah tiba waktu solat dan semua berada di ruang solat...sungguh bertuah zaff lihat adik2 ni kerana di didik dengan ilmu agama yg sangat mendalam di sini...semasa membaca doa selepas selesai membaca al-Quran, zaff hampir menitiskan airmata...


 ~menunggu waktu zohor...~

 ~sejuk hati melihat mereka...~

aktiviti diteruskan lagi dan mereka semua seronok wlaupun kelihatan keletihan pada wajah adik2 ni...semua begitu bersemangat...lingkungan pkul 3.30 ptg, majlis penutup di laksanakan...setelah selesai, kami solat asar berjemaah...kami semua dijangka pulang jam 6.30 ptg....tibe2 adik ikram masuk ke dalam bilik dan aku menyusuri nye....katenye mereka taknak makan BBQ yg disediakan sebab kami semua balik awal...begitu juga adik zaid dan yg lain2....adik ikram dan adik zaid ni sangat rapat dengan zaff sepanjang program...setelah dipujuk, alhamdulillah berjaya...



adik ikram yg begitu bersemangat....=)

 ~adik zaid yg mmg suka kamera...sangat comel....~

 ~adik ikram n his nasyid team...dia vokalis utama...~


zaff berkongsi satu pinggan dengan adik ikram dan ketika itu hati kecil ini menangis melihat wajah-wajah adik2 ini yang begitu gembira bersama kami sedangkan begitu besar dugaan dan cabaran yang Allah berikan kepada mereka...setelah selesai makan, kami semua bermain bersama-sama dan zaff berasa begitu pilu untuk meninggalkan mereka...melihat adik-adik semuda usia darjah satu telah belajar berdikari di sini..



 ~abg husin bercerite....~

 ~me, adik ikram n adik anas...~


 ~makan...~


~adik zaid...~


sekali lagi zaff tersentuh melihat ada yang menyapu sampah, mengemas, melipat baju dan pelbagai lagi...begitu hebat mereka di mata zaff...beberapa lagi minit tinggal dan zaff pergi bersalam dengan adik2 ini...zaff cium dahi mereka dan meninggalkan nasihat buat setiap daripada mereka....kelihtan ikram tidak diam duduk...kehulu kehilir...kami memberikan lambaian terakhir dan zaff melihat matanya semakin merah dan akhirnya menitiskan airmata...zaff cuba menghampirinya... kemudian dia terus tersenyum dan beredar masuk kebilik....


begitu sucinya hati seorang anak kecil yang masih belum memahami erti sebuah kehidupan tetapi di beri cabaran yang begitu hebat...mungkin kita dapat melihat mereka tersenyum bersama kita di sini tapi percayalah bahawa jauh di sudut hati mereka yang mereka rindukan erti sebuah kasih syg....dan percayalah bahawa mereka sangat perlukannya.... cuba lah untuk memberikan kasih syg kepada mereka kerana zaff fahami betapa peritnye hidup tanpa kasih seorang ibu ataupun ayah...


~dengan adik ikram saya...~


bersabarlah wahai adik2 kecil....adik2 begitu bertuah kerana adik2 adalah insan yang terpilih....percayalah bahawa Allah pilih adik2 sebab Allah sygkan adik2....teruslah kuat dan disebalik hujan lebat ini sebenarnya Allah nak berikan pelangi yang indah buat adik2....kepada exco keusahawanan dan exco kebajikan kolej za'ba, tQ so much sbb menjemput zaff utk program ini...program yg sgt hebat...alhamdulillah zaff memeperolehi satu pengalaman yang sangat indah....to adik ikram yang dah darjah enam tahun ini, teruskan kuat dik dan abg bangga dengan adik...kepada semua adik2 tersayang baitul marhabah, semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi...abg sntsa doakan yg terbaik buat kalian...sayang adik2 selamanya...=)


 ~tersenyum....~

~sayang mereka....~
~hadiah daripada adik zaid...~


wassalam....

Wednesday 8 May 2013

sejuk hati melihat mereka...

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.....

serius yang blog zaff dah bersawang dah sebab dah lame x update...semester ini terlalu buzy dengan komitmen yang semakin bertambah...tapi alhamdulillah dapat laksanakannya...kali ni zaff nak cite tentang program yang dikendalikan oleh zaff dan kawan2 zaff...

pada 26- 28 april 2013 yg lepas zaff n kawan2 kaunseling zaff mengendalikan kursus kepimpinan PRS peringkat daerah kuala selangor....program ini menggabungkan sekolah SAM Tanjung Karang, SAM Jeram dan SMKA Kuala Selangor...satu program besar buat kami semua....melalui program ini banyak perkara baru yang telah zaff belajar....tambahan pula ini merupakan kali ketiga zaff kendalikan pelajar sekolah agama, dan serius seronok bila bersama insan seperti mereka ini...meh tengok gambar zaff bersama mereka.....


 ~ini antara fasilitator...mereka kelihatan sangat lapar kan..huhuhu...~


 ~detik2 manis bersama mereka....~

 ~tiga serangkai...bez frenz 4 ever....~

~fauzi n matun with adik2 junior kaunseling yg hebat...~

 ~with adik faruq...wajahnye mengingatkan aku dgn seseorg....~

 ~with adik2 yang tinggal kat rumah zaff...~


~sebelum berpisah...~

~baju kami pun sama...=)....~

serius program kali ini sangat memenatkan sehinggakan zaff menitiskan airmata...walaupun begitu, program ini banyak mengajar zaff erti kesabaran dan kaedah yang betul untuk mengendalikan program...bersama adik2 ini juga membuat kan zaff rase tenang dan seronok...first time juga zaff bagi talk kat depan berkaitan konsep kendiri....alhamdulillah berjalan dgn lancar....kepada adik adam, adik syukri, adik mirul dan adik faruq, abg seronok dapat kenal kalian...kalian sangat baik...tak lupe juga kepada semua peserta, ANDA MERUPAKAN PRS YANG HEBAT...PERCAYALAH....dan seperti biasa, di akhir program sudah pastinye airmata zaff menitis lagi...huhuhu....

kepada semua fasilitator saya, nani, nizam, fauzi, matun, farah, fatin, ekin, fas, dayah, dahlia, yiyi, fung, aini, ana dan wani, tQ so much n maaf jika ada terkasar bahasa dengan kalian...x lupa juga kepada kak jalilah n cik faizura yang banyak sangat2 membantu kami...thanz a lot...love u all so much...moge ukhwah kite semua kekal hingga ke akhir hayat....wassalam....

~setia hujung nyawa...~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...