Assalamualaikum wbt...alhamdulillah masih diberikan
kesempatan untuk menulis di sini..sudah hampir setahun tidak menulis di sini
kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan..syukur masih dipanjangkan umur
untuk berkongsi suka duka kehidupan kurniaan Allah s.wt ni...

Perjalanan itu tidak selalunya lurus tetapi kadang-kala
didatangi dengan pelbagai dugaan dan cabaran..sepanjang perjalanan, aku juga
seperti orang lain turut diuji...ujian paling besar ialah pada tahun 2012,
seminggu sebelum melaksanakan Program Kem Kecemerlangan dan Keimanan Asrama SMK
Alor Akar bersama ibu...aku diuji dengan pemergian bonda tercinta...hancur remuk diri ini,
ibarat tidak mampu berdiri lagi...tetapi aku gagahkan diri kerana program
sudahpun dirancang...sepanjang program aku cuba tersenyum demi melihat
insan-insan yang aku sayang..tapi, betapa peritnya hati ini menahan hanya Allah
yang tahu..malam kedua program, slot muhasabah diri...aku tidak mampu buat
apa-apa kita itu...aku hanya terduduk, tak mampu berdiri lagi..badan aku
lemah...aku terlalu rindukan mak ketika itu walaupun hanya baru seminggu mak
pergi tinggalkan aku...tetapi Allah hadirkan insan-insan lain ketika itu,
memeluk aku, memegang aku dan menangis bersama aku...aku bangkitkan diri dan
terus kuat...

Bila bertiga kami semakin kuat..walaupun diuji dengan
pelbagai tomahan daripada pelbagai manusia, kami tidak ambil peduli kerna niat
kami hanya ingin mendidik anak bangsa kami dan tidak mahu apa yang kami rasa,
adik-adik kami turut merasainya...setiap tahun kami datang berkongsi rasa dan
cerita bersama mereka...suka dan duka tidak pernah bersendiri kerna kami semua
saling melengkapi..
Ujian paling besar dalam ukhwah kami semua adalah pada tahun
2014..ujian yang sangat besar yang membuatkan hampir satu aspura menitiskan air
mata..kami rapuh, kami hancur ketika itu..kami gagahkan diri kerna kami masih
punya Allah dan kami ada perkara yang sangat besar iaitu ukhwah..alhamdulillah
peristiwa itu kekal menjadi yang termanis dan terpahit buat kami..hanya kami
yang merasainya, dan biarlah ianya terus terabadi...
2015 langkah terbesar kami iaitu dengan menganjur
Akarians Welcoming Days 2015 bersama
adik2 asrama SMK Alor Akar....mereka sangat2 hebat...apa yang mereka lakukan
sangat mengharukan aku, rusydan, hadzrol dan kali ini turut disertai hafidz dan
shazraei...gerak kerja selama hampir dua bulan yang sangat hebat daripada
mereka...pelbagai cabaran kami tempuhi sepanjang proses menjalankan
program..saat yang tak mampu dilupakan ialah saat di mana tingkatan lima
dilarang utk menjadi jawatankuasa program...mereka terkedu, menangis, kerna mereka
laksanakan tanggungjawab kerana amanah dan bukan kerana nama, dan itulah mereka...alhamdulillah,
melalui beberapa perbincangan mereka diberikan peluang..mereka dicemuh, mereka
dihina, mereka disindir, tapi mereka terus bangkit kerana mereka memegang amanah
yang sangat besar sebagai seorang pemimpin...kami semua bersama sepanjang
program dan alhamdulillah program berjalan dengan sangat lancar dan sangat
dipuji oleh pihak sekolah...yang dulu, menghina, menyindir, kini mula
merapati...kami tak kiasah..kami dah maafkan dan sikit pun tak simpan...jangan
risau ye...semasa hari terakhir, hanya air mata yang menemani diri ini...aku
tak mampu tahan...terima kasih kesayangan, jantung hati abg zaff...you means a
lot to me..terima kasih kerana selama ini bersama-sama menjadi tulang belakang
Asrama SMK Alor Akar..
Kini 2015 sudah berada dipenghujungnya dan adik2 tingkatan
lima dan tingkatan enam bakal menamatkan persekolahan...terima kasih utk segala
kenangan yang dicipta...satu yang perlu adik2 tahu, segala kenangan ini akan
terus kekal mewangi dalam diri abg zaff...lima tahun itu mungkin cukup lama
atau tidak??? Kita teruslah melangkah dan melihat...jika masih diberikan
kesempatan, in shaa Allah akan terus menabur bakti kerana itulah aku...semoga ini
menjadi langkah awal untuk adik2 semua...terima kasih tak teringga buat ibu, umi, hadzrol, rusydan, adik2 asrama dan semua yang banyak menyokong diri ini sepanjang berbakti di SMKAA..aku sama seperti yang lain, lahir dari bukan sesiapa..kita yang memili untuk membentuk kehidupan kita..

No comments:
Post a Comment