Followers

Monday 16 July 2012

adakah mampu terus kuat.....

assalamualaikum.....


'mesti byk perkara yg ter pending yang nak di update kn??' (kata-kata abg hasra kpd ku..)

 ~formasi drpd adik2 asrama smk alor akar... "ALLAH"~


alhamdulillah arini aku mula rasa kuat untuk menulis semula di sini....baru2 ni aku mengendalikan kem kecemerlangan dan keimanan murid asrama smk alor akar 2012 pada 13-15 julai 2012....sepanjang kem, apa yg bermain di minda ialah adakah aku mampu untuk terus kuat...


untuk pengetahuan semua juga, pada 7 julai 2012 yang lepas, aku baru sahaja kehilangan ibunda tercinta....agak perit untuk terus bergembira sepanjang kem berlangsung tapi aku cuba yang terbaik demi adik2 di sana...sepanjang kem berlangsung pelbagai aktiviti menarik di jalankan dan aku cuba untuk kuat bagi mengendalikan kem tersebut...


tapi pada malam kedua aku tidak mampu untuk terus kuat....semasa slot muhasabah diri aku menjadi pengacara majlis....kemudian mendengar ceramah yang di sampaikan oleh ustazah rohani yg di beri gelaran Umi...suara yang sangat sayu oleh umi sangat menyayat hati kami semua....apabila menyentuh soal ibu, aku merupakan orang yang pling terasa sangat terkesan...


aku menangis sepuas hati...hadzrol segera mendapatkan aku dan memeluk aku....kirin yang berada di sebelah aku turut mengusap belakang aku...aku terus mengalirkan air mata sehinggalah ceramah tamat...kemudian aku sebagai pengerusi majlis menamatkan majlis...kata hafidz, dia mula menitiskan airmata sekali lagi tatkala aku berkata-kata di hadapan...


selesai sahaja majlis, eba iaitu junior yang sangat rapat dengan aku segera mendapatkan ku....dia memeluk aku dan kami sama2 menangis...katanya dia terasa sangat sedih kerana dia cuba meletakkan dirinya di tempat aku...kemudian uda pula dtg memeluk aku...hampir semua pelajar lelaki kerumun ke arah aku....aku terus menangis...walaupun begitu aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada aku insan2 yang sangat menyayangi ku....


thanz a lot adik2 asrama kerana sangat support abg zaff...abg akan terus kuat...sangat terharu melihat wajah2 adik2 yg begitu ikhlas sepanjang kem berlangsung.....


 ~kirin, aku dan eba...~


~aku dan hafidz...~

semoga ketemu lagi dalam program-program akan datang.....insayaAllah...wassalam....

2 comments:

  1. Assalamualaikum zhafran. Salam takziah dari akak. Semoga zhafran terus tabah dalam mengharungi setiap apa yang berlaku. Akak faham perasaan Zahfran apabila kita kehilangan orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Jangan mudah putus asa yer dik. Yang pergi tetap akan pergi. Kita yang masih tinggal di bumi Allah ini perlu menjalaninya seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. pengalaman mgjr erti ketabahan..hanya yang mengalami akan memahami....salam takziah
    sentiasalah berdoa...doa ubat yg lebih mujarab... :")

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...