Followers

Tuesday, 10 November 2015

Almost Five Years



Assalamualaikum wbt...alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis di sini..sudah hampir setahun tidak menulis di sini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan..syukur masih dipanjangkan umur untuk berkongsi suka duka kehidupan kurniaan Allah s.wt ni...

Kadang kala lima minit itu terasa lama dan lima tahun itu berlalu pergi seperti lima minit sahaja...alhamdulillah sudah hampir lima tahun, Allah memberikan kesempatan kepada diri ini untuk berkongsi ilmu milik Allah ini kepada lebih ribuan manusia...langkah aku bermula dengan menabur bakti di SMK Alor Akar bermula tahun 2011 bersama hadzrol...pada awalnya banyak membantu ibu shireen melaksanakan program-program sekolah...aku dan hadzrol sangat rapat dengan cikgu shireen, sebab tu kami panggil ibu..ibu banyak mengajar aku erti sebua kehidupan..aku tidak punya wang berjuta untuk dikongsi tapi aku masih ada tulang empat kerat untuk bertungkus lumus membentuk insan..aku memulakan langkah untuk terus membantu mendidik adik2 asrama alor akar...dan alhamdulillah mendapat sokongan yang baik daripada ibu dan juga warden kami cikgu baizura yang digelar sebagai umi oleh para pelajar asrama..





Perjalanan itu tidak selalunya lurus tetapi kadang-kala didatangi dengan pelbagai dugaan dan cabaran..sepanjang perjalanan, aku juga seperti orang lain turut diuji...ujian paling besar ialah pada tahun 2012, seminggu sebelum melaksanakan Program Kem Kecemerlangan dan Keimanan Asrama SMK Alor Akar bersama ibu...aku diuji dengan pemergian bonda tercinta...hancur remuk diri ini, ibarat tidak mampu berdiri lagi...tetapi aku gagahkan diri kerana program sudahpun dirancang...sepanjang program aku cuba tersenyum demi melihat insan-insan yang aku sayang..tapi, betapa peritnya hati ini menahan hanya Allah yang tahu..malam kedua program, slot muhasabah diri...aku tidak mampu buat apa-apa kita itu...aku hanya terduduk, tak mampu berdiri lagi..badan aku lemah...aku terlalu rindukan mak ketika itu walaupun hanya baru seminggu mak pergi tinggalkan aku...tetapi Allah hadirkan insan-insan lain ketika itu, memeluk aku, memegang aku dan menangis bersama aku...aku bangkitkan diri dan terus kuat...

Aku meneruskan langkah perjalanan aku yang masih jauh dan tidak tahu penghujungnya...tahun berikutnya, rusydan mula bersama aku dan hadzrol...semasa zaman persekolahan aku memang tidak rapat langsung dengan rusydan..ketika itu aku di tingkatan empat dan beliau di tingkatan satu...kami saling membenci..tapi Allah mula dekatkan hati kami bertiga..mungkin kerna kami punya rasa yang sama..kehilangan insan yang kami sangat-sangat sayang...Allah menjemput ayah hadzrol pada tahun 2010, diikuti dengan ayah rusydan pada tahun 2011 dan mak aku pada 2012..mungkin rasa ini juga yang membentuk persahabatan kami sehingga kini..

Bila bertiga kami semakin kuat..walaupun diuji dengan pelbagai tomahan daripada pelbagai manusia, kami tidak ambil peduli kerna niat kami hanya ingin mendidik anak bangsa kami dan tidak mahu apa yang kami rasa, adik-adik kami turut merasainya...setiap tahun kami datang berkongsi rasa dan cerita bersama mereka...suka dan duka tidak pernah bersendiri kerna kami semua saling melengkapi..
Ujian paling besar dalam ukhwah kami semua adalah pada tahun 2014..ujian yang sangat besar yang membuatkan hampir satu aspura menitiskan air mata..kami rapuh, kami hancur ketika itu..kami gagahkan diri kerna kami masih punya Allah dan kami ada perkara yang sangat besar iaitu ukhwah..alhamdulillah peristiwa itu kekal menjadi yang termanis dan terpahit buat kami..hanya kami yang merasainya, dan biarlah ianya terus terabadi...


2015 langkah terbesar kami iaitu dengan menganjur Akarians  Welcoming Days 2015 bersama adik2 asrama SMK Alor Akar....mereka sangat2 hebat...apa yang mereka lakukan sangat mengharukan aku, rusydan, hadzrol dan kali ini turut disertai hafidz dan shazraei...gerak kerja selama hampir dua bulan yang sangat hebat daripada mereka...pelbagai cabaran kami tempuhi sepanjang proses menjalankan program..saat yang tak mampu dilupakan ialah saat di mana tingkatan lima dilarang utk menjadi jawatankuasa program...mereka terkedu, menangis, kerna mereka laksanakan tanggungjawab kerana amanah dan bukan kerana nama, dan itulah mereka...alhamdulillah, melalui beberapa perbincangan mereka diberikan peluang..mereka dicemuh, mereka dihina, mereka disindir, tapi mereka terus bangkit kerana mereka memegang amanah yang sangat besar sebagai seorang pemimpin...kami semua bersama sepanjang program dan alhamdulillah program berjalan dengan sangat lancar dan sangat dipuji oleh pihak sekolah...yang dulu, menghina, menyindir, kini mula merapati...kami tak kiasah..kami dah maafkan dan sikit pun tak simpan...jangan risau ye...semasa hari terakhir, hanya air mata yang menemani diri ini...aku tak mampu tahan...terima kasih kesayangan, jantung hati abg zaff...you means a lot to me..terima kasih kerana selama ini bersama-sama menjadi tulang belakang Asrama SMK Alor Akar..


Kini 2015 sudah berada dipenghujungnya dan adik2 tingkatan lima dan tingkatan enam bakal menamatkan persekolahan...terima kasih utk segala kenangan yang dicipta...satu yang perlu adik2 tahu, segala kenangan ini akan terus kekal mewangi dalam diri abg zaff...lima tahun itu mungkin cukup lama atau tidak??? Kita teruslah melangkah dan melihat...jika masih diberikan kesempatan, in shaa Allah akan terus menabur bakti kerana itulah aku...semoga ini menjadi langkah awal untuk adik2 semua...terima kasih tak teringga buat ibu, umi, hadzrol, rusydan, adik2 asrama dan semua yang banyak menyokong diri ini sepanjang berbakti di SMKAA..aku sama seperti yang lain, lahir dari bukan sesiapa..kita yang memili untuk membentuk kehidupan kita..





Buat adik2 kesayanganku, walaupun terpisah, kenangan ini akan terus kekal, dan bila kita ketemu nanti pasti akan sentiasa bercerita perkara yang sama...terima kasih untuk segala kasih sayang dan kebaikan selama lima tahun ini...moga kita semua terus diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah Allah....sebatang lidi itu rapuh, tapi jika dipegang secara beramai-ramai, ianya menjadi kuat dan begitulah juga kita..dan seperti biasa 'jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujungnya,in shaa Alla'...will always love u guys so much...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...