Followers

Monday 25 June 2012

mampukah aku....

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah hari ini berkesempatan ke SMk Alor Akar...kelihtan para guru sibuk membuat kerja masing2...agak terkejut melihat dua orang guru praktikal di sini merupakan senior ku di UPSI...hebat2....



ak meneruskan langkah ke bilik kaunseling...berjumpa dengan cikgu shireen dan merancang program yang akn di jalankan 2 mggu lagi....kasihan aku melihat wajah2 guru yang begitu kepenatan menjalankan pelbagai tugas...

persoalan timbul dalam diri aku....mampukah aku menjdi seteguh mereka???? Ya Allah berikanlah mereka dan aku kekuatan bagi menjalankan amanah kami Ya Allah...smoge suatu hari kelak aku dapat menjadi seorang guru yang berwibawa..insyaAllah...

Saturday 23 June 2012

kenapa perlu benci.....

assalamualaikum wbt....


alhmadulillah masih berkesempatan untuk menulis di sini...kenapa perlu benci????




semalam 23 jun2012 aku berkesempatan bersama2 adik2 asrama SMK Alor Akar dan berkongsi ilmu bersama2 mereka selepas solat maghrib..... alhamdulillah walaupun hanya lebih kurang setengah jam sahaja tetapi rasanya perkongsian yang di jalankan memberikan kesan kepada adik2 tu...ada juga adik2 yang menitiskan airmata....terharu aku rasa....


semasa sesi tersebut aku ada mengingatkan mereka bahawa kita perlu sentiasa menjaga hati kita dan jangan seringkali membenci orang lain. sepatutnya kita membenci perangai tersebut dan bukan membenci insan tersebut....


erm.....tetapi kenapa dalam diri aku ini masih ada rasa benci, marah dan sayang kepada dirinya....adakah kerana terasa akan sikapnya terhadap diri ku....erm....jahat sangatkah aku sehingga di perlakukan sedemikian...istifar zhafran....pasti ade hikmah di sebalik semuanya....daokan yang terbaik untuk dirinya.....

Thursday 21 June 2012

tersiksa atau terkesan di hati????

assalamualaikum wbt.....


alhamdulillah kem kepimpinan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman UPSI kini sudah selesai. kem yang berlangsung selama empat hari telah menggamit jutaan kenangan baru yang begitu indah. kem ini telah diadakan di Impian Country Resort, Hulu Langat.. klau nak tahu, tempat ini merupakan tempat pengambaran drama bersiri Juvana...


~sebuah kawasan indah yang dikelilingi bukit dan sungai~

kalau saya cerite pasal kem ni mesti agak boring untuk anda baca, maka saya ingin bercerite tentang beberapa kenangan manis yang x dapat di lupekan sepanjang kem ini... Yang pertama ialah 'NIGHT WALK' yg paling mencabar pernah aku sertai. hampir dua jam perjalanan di dalam hutan yang gelap gelita. yang mencabarnya ialah night walk ni merupakan satu pendakian bukit. semasa perjalanan kami terpaksa mendaki bukit, turun bukit, mengelak akar pokok yang besar...dan kalau nak tahu, ada yang curamnya lebih kurang 80 darjah. Pergh, memang terseksalah. ada yang terjatuh dan macam2 lagi.. walaupun begitu ekpedisi pada malam hari ni memang seronok sangat2... jungle trekking di sing hari juga turut mencabar dan menguji emosi...


stereusnya, selepas habis night walk lebih kurang dalam pukul dua macam tu, kami semua di kumpulkan dan urusetia mengatakan kami ada buat salah. maka hukumannya ialah kami DIRENDAMKAN DI DALAM SUNGAI......walaupun sungai tu kecik je, tapi air die, adoi....pergh, menggigil semua. kami juga di suruh berbaring di dalam air sungai. memang x terkatalah perasaan masa tu......

~sungai yang mana kami direndamkan~

semasa kem ni juga aku batuk teruk sangat. pada malam terakhir kem, TNC UPSI dengan isteri beliau datang bagi menyempurnakan majlis penutupan. setelah beliau selesai, isteri beliau memanggil saya untuk berjumpanya. memang berdebar sangat masa tu. dalam fikiran cuma 'salah apa pulak aku buat ni'. kemudian beliau bertanya 'dah makan ubat ke belum?' saya pun kata belum. maka beliau pun menuangkan ubat batuk kepada saya. katanya makan ubat ni kalau tidak x boleh nak tidur nanti, pasti sakit dada batuk. beliau juga mengatakan bahawa beliau turut batuk. terbangga sekejap sebab isteri TNC bubuh ubat batuk untuk aku. beliau memang seorang yang prihatin..thank you so much datin.

untuk pengetahuan semua juga, masa kem ini kami berempat yang duduk serumah dari semester 1 iaitu saya, husin, fadil dan reza turut sertai kem ni. alhamdulillah ukhwah kami semakin rapat. thanz korang sebab sangat ambik berat dekat aku memandangkan lutut ini selalu sakit dan batuk yang sangat teruk ketika itu. semoga ukhwah kita abadi selamanya....amin....

~fadil, reza, husin, zaff~


alhamdulillah kem ini juga berjaya merapatkan ukhwah kami semua para JMK Za'ba. semoga ukhwah kita semua makin rapat....thanz a lot to semua JMKZ iaitu abg ayob, abg fauzi, azhar, deel, fatin, kak anis, ezah, tikah, husin, tasnim, kak lala, kak jayid, kak ila, kak affin, fadil, kak nurul, kak fatin, yo, eykah, talib, reza, dayah, ji zien, ratna, sauqi, mida n karim....hidup SEMANGAT ZAMAN..... sayang anda semua selamanya...all is good, all is well, go kz go, go kz go, aum,aum,aa aum....wassalam...

~WAJAH-WAJAH CERIA JMKZ~






~such a nice time~~~

Tuesday 12 June 2012

terkilan kah aku????kenapa rasa serba salah????

assalamualaikum...Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menulis di sini..erm, harini nak kongsi tentang terkilan kah aku????erm...apakah sebenarnya yang di maksudkan....


erm...utk pengetahuan semua kini tanggungjawab saya di universiti semakin berat memandangkan saya telah di lantik menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba UPSI dan TYDP Persatuan Bimbingan dan kaunseling. smoge Allah permudahkan segalanya...amin...






kisahnya berbunyi begini. Semalam keputusan utk duduk kolej telah keluar. Utk kali ini x ramai yang di buang kolej tetapi kedengaran suara2 yang mengatakan bahwa pihak pentadbiran tidak adil. Hal ini kerana terdapat pelajar yang aktif tetapi tidak dapat tinggal di kolej. macam2 status ketidakpuasan hati keluar di Fb..tetapi aku tertarik dengan status seorg rakan ku yg agak terkilan kerana tidak dapt kolej sedangkan die aktif tetapi dia hanya mengatakan bahawa mungkin bukan rezekinya. lantaran itu die pun membuat rayuan. Walaupun begitu aku terasa terkilan dengan insan2 lain yang komen pada status yang berunnsur hasutan..erm...


terdapat juga seorang rakan ini yang seakan marah tetapi jelas sejelasnya bahawa dia x aktif langsung tetapi hanya mahu menyalahkan. Astaufiruallahalazim. mungkin ade yang mengatakan bahawa aku dapat kolej so bleh lah cakap macam2...




berbalik semula kepada status kawan ku itu yang menyatakan tentang semuanya atas rezeki... kenapa pabila kita tak dapat apa yang kita inginkan kita sering berkata bahawa dunia tidak adil???tetapi pabila kita dapat apa yang kita mahu jarang sekali kita memikirkan tentang orang lain. erm....ape yang kita dapat adalah rezeki Allah swt dan Allah juga bersifat Maha Adil. Layakkah kita untuk mempetikaikan keadilannya kerana semua yang berlaku di dunia ini adalah apa yang di aturkan oleh Nya....


kita sebagai hamba yang kerdil haruslah sentiasa bersyukur dan berusaha untuk mendapatkan nikmat Allah swt...dengan sekadar keluhan tidak mampu menyelesaikan semuanya...marilah kita sama2 insafi dan melihat semula kelemahan diri kita...sekadar perkongsian buat renungan sahabat dan sebagai pemantap keimanan diri ini.....insyaAllah....



Monday 11 June 2012

persoalan dari hati....

assalamualaikum wbt....


apa sebenarnye yang di maksudkan dgn kasih syg?????


klau kita syg dengan seseorang itu, mudahkah kita untuk melupakannye....????


kasih syg ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata...kadang-kala kita x sedar yang masih banyak insan yang menyayangi kita...TAPI, kenapa kita masih menunggu insan itu????


memang die pernah sygkn kita n kite pernah sygkn die..msti byk kngn2 indah kn....kadang kala x sangke pernah ukir kenangan2 indah dengan die...macam mane agknye die buang smua kenangan ini dari dirinya...????


klau die mmpu lpekn ak, knape tidak ak...knape ak tidak berupaya melepaskannya dan melupekannya...mgkin kah kerana terlalu syg...


erm....itulah kasih syg....byk persoalan yg timbul di sebalik kasih syg yg di curahkan....percayelah bahawa perasaan syg e2 sesuatu yg indah tetapi bkn semestinya kasih syg buat kekasih....


sygilah mereka yg menyayangi diri kita....berkasih biarlah pada yg sudi, jgn menagih pada yg simpati


buat mase ini kasih syg ku hanya buat ALLAH, Rasulku, ibu bapa ku, keluargaku, adik angkat ku, shbt2 ku serta rakan dan taulan...thanz a lot sbb sntsa hadir menghiburkan diri ni.....wassalam..


antara wajah insan yang mewarnai hidupku....tQ atas segalanya....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...