Followers

Monday 23 July 2012

ukhwah bersame adik-adik rumah amal Baitul Hijrah Nilai, N9..

assalamualaikum w.b.t...


alahamdulillah program yg di anjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Kolej Za'ba UPSI berjaya di jalankan dengan jayanya...tahniah kepada pengarah n t.pengarah saudara husin dan tasnim...memang program anda berdua sangat2 bez...x lpe kepada semua JMK kolej za'ba yg setia bersama2 bagi menghiburkan adik2 n merasai kehidupan mereka....


kami semua berada di sana kira-kira jam 12 tengahari sehingga 11 malam...seharian di sana pelbagai aktiviti di jalankan seperti gotong-royong, pelaksanaan modul, berbuka bersama, terawih dan pelbagai lagi...adik2 di sini juga terdiri daripada anak2 Asnaf Zakat..sangat terharu melihat wajah adik2 ni...mereka terdiri drpd 31 perempuan dan 4 lelaki yang ditempatkan di asrama yg berbeza...


kami semua sangat terharu melihat persembahan daripada adik2 ini sehingga membuatkan aku dan segelintir rakan2 menitiskan airmata....saksikan sedikit gambar di bawah buat tatapan semua...



SECEBIS KENANGAN BERSAMA....






















semoge ukhwah yang kita sama-sama bina kekal dan di rahmati Nya selalu amin....wassalam....


**aku menulis update blog ni di Puduraya sementara menunggu bas,...huhuhu....

Friday 20 July 2012

gembira....

assalamualaikum w.b.t...


hari ini aku cuba untuk terus gembira dan alhamdulillah terdapat banyak perkara yang membuatkan aku gembira hari ini....


1) ramadhan kini tiba...
alhamdulillah esok ramadhan tiba dan malam ini akan solat terawih...walaupun ramadhan kali ini sangat berbeza kerana tanpa mak tersayang di sisi, tetapi aku akan terus gembira demi melihat senyuman dari abah...aku pasti bahawa mak sentiasa senang di sana dan sentiasa ingin yang terbaik untuk anak2 nya...insyaAllah mak, kami sentiasa akn jage abah n beribadat kat Allah supaye mak tenang kat sane...

 ~with arwah mak masa raya tahun lepas..~


2) kunjungan daripada apiz, bonzer n aiman...
lepas jumaat tadi tiga orang junior aku datang ke rumah melawat...alhamdulillh melihat wajah mereka membuatkan aku terus kuat untuk menempuh dugaan daripada yang maha Esa...sempat juga bersembang kenangan-kenangan masa di asrama smk alor akar dulu..pelbagai kenangan manis teklah kami semua ukir bersama....thanz a lot sebab sentiasa membuatkan abg zaff terus tersenyum...

 ~with bonzer, apiz, ibu shireen n aku mase raye tahun lepas..~


3) PUJIAN...=)
tadi bukak facebook dan ade pujian daripada junior aku yang bernama siti sofia.. katenye kem baru-baru ni yang dikendalikan oleh aku dan rakan2 sangat bez n merupakan memori indah buat tahun terakhirnya di sana...thanz a lot pia...itu pun atas kerjasama daripada pia dan semua adik2 asrama..tanpa korang kem tu x kan jadi bez punya....


 ~mase kem with group pia~


semoga hari2 mendatang di penuhi dengan kegembiraan...insyaAllah...SALAM RAMADHAN...~~~

Tuesday 17 July 2012

kasih abah.....

assalamualaikum wbt....

pagi tadi alhamdulillah di kejutkan oleh abah seperti biasa untuk solat subuh...suara lembut dari abah mengejut anaknya untuk beribadah kpd Allah swt.....selepas solat subuh, ngadu kat abah yang jari bengkak...abah pun ambik minyak panas n urut jari aku.....

~prasan x yang jari tengah tu bengkak....~

begitulah kasih seorang abah yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak2 nya.... nak2 pulak kini abah bergelar bapa tunggal so tanggungjawab untuk menjaga abah sepenuhnya terletak pada aku dan adik beradik....kami sentiasa cuba yang terbaik untuk buat abah terus tersenyum...

tadi selepas solat zohor...tiba2 air mata mengalir tatkala teringat bahawa nnti abah akan tggal keseorangan apabila kuliah aku start semula pada awal bulan 9....terasa amat berat hati ini untuk meninggalkan abah sendirian...nak2 pulak perak dan pahang ni bukannya dekat....tapi aku akan sentiasa doakan yang terbaik utk abah...

alhamdulillah sepanjang Ramadhan ini insyaAllah aku akn menemankan abah...sepatutnya kini aku berada di Kolej Za'ba UPSI bagi gerak kerja untuk semester depan...tetapi keadaan sekarang sangt tidak mengizinkan...aku perlu menjalankan tanggungjawab yang lebih besar daripada segalanya iaitu menjaga abah tersayang...thanz a lot to Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba UPSI yg sangt memahami situasi aku sekarang....hanya Allah s.w.t shja yg mmpu membls jasa baik kalian...

semoga aku dan keluarga terus tabah menghadapi ujian darinya nak2 pula Ramadhan semakin hampir....salam ramadhan buat semua....wassalam....

~arwah mak, aku n abah....~

Monday 16 July 2012

adakah mampu terus kuat.....

assalamualaikum.....


'mesti byk perkara yg ter pending yang nak di update kn??' (kata-kata abg hasra kpd ku..)

 ~formasi drpd adik2 asrama smk alor akar... "ALLAH"~


alhamdulillah arini aku mula rasa kuat untuk menulis semula di sini....baru2 ni aku mengendalikan kem kecemerlangan dan keimanan murid asrama smk alor akar 2012 pada 13-15 julai 2012....sepanjang kem, apa yg bermain di minda ialah adakah aku mampu untuk terus kuat...


untuk pengetahuan semua juga, pada 7 julai 2012 yang lepas, aku baru sahaja kehilangan ibunda tercinta....agak perit untuk terus bergembira sepanjang kem berlangsung tapi aku cuba yang terbaik demi adik2 di sana...sepanjang kem berlangsung pelbagai aktiviti menarik di jalankan dan aku cuba untuk kuat bagi mengendalikan kem tersebut...


tapi pada malam kedua aku tidak mampu untuk terus kuat....semasa slot muhasabah diri aku menjadi pengacara majlis....kemudian mendengar ceramah yang di sampaikan oleh ustazah rohani yg di beri gelaran Umi...suara yang sangat sayu oleh umi sangat menyayat hati kami semua....apabila menyentuh soal ibu, aku merupakan orang yang pling terasa sangat terkesan...


aku menangis sepuas hati...hadzrol segera mendapatkan aku dan memeluk aku....kirin yang berada di sebelah aku turut mengusap belakang aku...aku terus mengalirkan air mata sehinggalah ceramah tamat...kemudian aku sebagai pengerusi majlis menamatkan majlis...kata hafidz, dia mula menitiskan airmata sekali lagi tatkala aku berkata-kata di hadapan...


selesai sahaja majlis, eba iaitu junior yang sangat rapat dengan aku segera mendapatkan ku....dia memeluk aku dan kami sama2 menangis...katanya dia terasa sangat sedih kerana dia cuba meletakkan dirinya di tempat aku...kemudian uda pula dtg memeluk aku...hampir semua pelajar lelaki kerumun ke arah aku....aku terus menangis...walaupun begitu aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada aku insan2 yang sangat menyayangi ku....


thanz a lot adik2 asrama kerana sangat support abg zaff...abg akan terus kuat...sangat terharu melihat wajah2 adik2 yg begitu ikhlas sepanjang kem berlangsung.....


 ~kirin, aku dan eba...~


~aku dan hafidz...~

semoga ketemu lagi dalam program-program akan datang.....insayaAllah...wassalam....

Wednesday 4 July 2012

terus mengubah sealgi terdaya...

assalamualaikum w.b.t...


kata-kata abg hasra ibrahim "bertuah siapa dapat jadi junior zaff"...=)


bertuah siapa dapat jadi junior aku???apa yang dimaksud kan oleh beliau ialah semasa aku di asrama dulu....semasa kat asrama dulu aku pernah menjawat jawatan sebagai ketua asrama...aku seorang yang tegas dalam kelembutan..kalau aku dah marah habis lah...tapi alhamdulillah, adik2 yang aku didik mase tu, still terkawal sampai sekarang....


baru2 ni aku datang ke ostel smkaa dan macam biasa melayan kerenah adik2 junior aku...pada masa yang sama ade 2 orang junior aku ni wat hal sket....mse tu aku dah nak balik dah..tapi aku dengan spontannye membebel kat adik2 berdua tu seolah2 macam mse aku jadi ketua asrama dulu...terdiam adik2 tu n muke dah macam nak menangis....tapi alhamdulillah terkesan...=)


satu cerite lagi aku membebel kat adik2 tingkatan 3 yang aku didik mase dieorang form 1 dulu... sebabnya, result dieorang menurun n semakin nakal..huhuhu....abg hasra hanya tersenyum melihat aku...katenye aku memang ambil berat kat adik2 ni...

 




aku pun xtau kenapa aku ambik berat sangat kat adik2 ni n dieorang ni jugak sangat dengar cakap aku dan hormat kat aku...bak kata abg hasra, 'cikgu2 patut manfaat kan zaff, sebab zaff mampu mempengaruhi adik2 asrama ni"....


erm...alhamdulillah semasa di asrama dulu aku yakin je nak melaksanakan sesuatu amanah tu dan aku sentiasa kuat...tapi kini setelah menjawat jawatan sebagai 'JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ ZA'BA, UPSI' aku terasa seakan-akan aku bukan seperti zhafran yang dulu....

'KELUARGA SEMANGAT ZAMAN KU'








kenapa kah ini terjadi??? Ya Allah kuatkan hamba mu ini Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk terus bertahan walaupun aku terasa aku tidak sekuat dulu...masalah kesihatan juga membataskan aku  untuk bergerak aktif seperti dlu...tetapi aku yakin bahawa keluarga 'semangat zaman' ku iaitu JMK zaba akan sentiasa support aku...begitu juga kawan2,keluarga dan tidak lupa kepada Maha Pencipta yang sentiasa ada untuk hambanya yang lemah ini....semoga Allah s.w.t mengiringi perjuangan mulia ku ini untuk kolej za'ba dan adik2 di asrama smk alor akar kuantan....doakan semoga niat baik ini dipermudahkan....amin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...