Followers

Wednesday 19 December 2012

jika sayang masih ada....

assalamualaikum wbt......

harini zaff nak cerite dengan semua tentang amali modul zaff iaitu subjek kelompok berstruktur yang zaff ambik semester ini....dalam subjek ini kami di kehendaki mengendalikan modul yang di cipta sendiri mengikut 24 buah tema yang di berikan oleh pensyarah...maknanya setiap orang akan menerima tema yang berbeza....zaff mendapat tema 'KEROHANIAN' dan tajuk modul zaff ialah 'jika sayang masih ada'....mula-mula dapat tema ini memang dah terasa cabarannya....jom lihat zaff kendalikan modul ini.....

pada mulanya semua peserta di kehendaki merekacipta barang daripada bahan terpakai mengikut kreativiti mereka....mereka di kehendaki membuat dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati...jom lihat gelagat mereka dalam perlaksanaan modul ini.....

 ~khusuknya nizam n poji...~

 ~semua kreatif dengan hasil kerja masing-masing....~

 ~zaff memerhatikan mereka melaksanakan tugasan...~

 ~azimah dengan karyanya...~

 ~nani, matun dan nisa dengan karya masing-masing...~

~siap pun...~

semua ahli sangat gembira setelah selesai...tidak dapat dinafikan bahawa hasil kerja mereka sangat mengagumkan dan sangat kreatif.....semua menyatakan bahawa mereka melakukan seikhlas hati dan terselah nilai sentimentalnya....

~cantik x hasil karya mereka...sangat kreatif...~

semua menyatakan sangat sayang dan nak bawa pulang hasil karya mereka ini...zaff pun puji hasil karya mereka dan tiba zaff mengangkat satu beban yang berat dan menghancurkan hasil karya mereka....semua terjerit dan tergamam...maka jadilah seperti di bawah....

~selepas di hancurkan.....habis musnah...~

semua terpinga-pinga seketika...tiba-tiba lampu di matikan dan muzik sentimental dimainkan....zaff menyatakn bahawa kita kadang kala jarang menghargai apa yang ada di depan mata kita...sebagai analoginya, ibu bapa kita mendidik kita sejak dari kecil tanpa mengenal erti penat lelah tapi kita terlalu mudah menhancurkan harapan mereka seperti mana hancurnya karya mereka ini...dicipta dengan penuh ikhlas dari hati tapi sekelip mata musanah....

kita juga mudah lupa jasa ibu bapa membesarkan kita dari sebesar tapak tangan tapi kita bersenang lenang di sini dan hanya tahu meminta duit...kita juga sering kali jauh dari Allah sedangkan jutaan nikmat Dia curahkan kepada kita semua...maka hargailah segala nikmat yang kita perolehi....

hampir semua di situ menitiskan airmata keinsafan...kemudian zaff mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan....zaff sangat tersentuh mendengar luahan daripada kawan baik zaff iaitu nizam yang tidak pernah mengenal erti kasih syg seorg ayah kerana telah meninggal sejak dia kecil dan katanya semasa menyiapkan hasil karyanya dia teringatkan ibunya dan sumber ilham akan karyanya ialah ibu beliau....ketika itu zaff terus menitiskan airmata zaff memandangkan zaff telah kehilangan ibu beberapa bulan yang lepas.....

luahan hati dari matun dan fauzi juga telah membuka mata kami seluas-luasnya.....alhamdulillah modul ini telah membuka hati kita semua.....syukur alhamdulillah....dan pada zaff sendiri, zaff berjaya melaksanakan modul ini....zaff juga terkejut kerana seorang rakan zaff yang berbangsa cina iaitu wong turut menitiskan airmata...semasa sesi komen daripada pensyarah, pensyarah memberikan komen yang positif hampir kesemuanya....zaff berasa sangat gembira....alhamdulillah di permudahkan oleh NYA....

 ~our team...~
~kami semua...~

semua ini tiadk akan berjalan dengan lancar tanpa sokongan pensyarah dan rakan-rakan.....thanz kalian atas sokongan anda semua...zaff sangat2 terharu dan sayang akan kalian....semoga ukhawah kita semua berkekalan dan mendapat berkat daripada NYA....amin...semoga kita semua menjadi kaunselor yang hebat kelak.....sekian...wassalam....salam maghrib.....

Tuesday 18 December 2012

hargai nikmat NYA.....

assalamualaikum wbt....

start petang semalam semua dah kecoh sebab bermulanya petang semalam air telah mula tiada dan bermula daripada blog lelaki.....kat sini dah le lebih daripada 800 orang penghuni, so kene berebut lah kami.....

so zaff dan roomate zaff, husin plan utk bangun pukul 6 pagi dan mandi di tandas dewan sebab ada air kat situ.....so di awal pagi tadi kami pun berjalan lah ke sana....tiba-tiba zaff teringat kembali kenangan semasa di asrama dulu....kalu kat asrama dulu kalau tiada air, pukul 5.30 pagi dah bangun dan mandi di tandas sekolah....berbaju dan bertuala je kami...huhuhu...

yang best nya sebab memang bising lah tandas waktu tu...bukan apa bising pun sebab terjerit kerana air yang terlalu sejuk....yang kelakarnya sebab tandas sekolah agak jauh dari asrama so perjalanan yang jauh itu membuatkan kami menggigil...dan perjalanan yang melintasi blog perempuan menyebabkan kami berlari bila ditegur...huhuhu...mereka yang bangun lambat memang kesian lah....huhuhu...

bila terkenang kembali x dapat di nafikan zaman sekolah dan zaman di universiti banyak bezanya.... persahabatan pun berbeza....erm...such a nice time.....

berbalik kepada cerita zaff kat sini....alhamdulillah tgh hari tadi pihak JBA dah anta air tapi airnya kurang bersih....sebentar tadi pun ada rumah yang sudah menerima bekalan air....

alhamdulillah syukur....kadang kala bila Allah kurniakan kita sesuatu nikmat itu kita mudah lupa dan bila ianya sudah tiada baru kita sedari betapa besarnya nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kita..... subahanaAllah.....


 ~suasana ambil air...~

~nampak sangat kan yang pagi tadi ramai pelajar perempuan x mandi...huhuhu~

sekian...wassalam....=)

Sunday 16 December 2012

putus asa....

assalamualaikum wbt.....

putus asa...kenapa ni zaff...kenapa rasa down sangat kali ini.......

setiap orang takkan pernah lari daripada melakukan kesilapan....

tapi sekarang aku rasa sangat x kuat.....

i need others.......

aku dah penat!!!!
aku dah x berdaya!!!!

kalau mak masih ada, dia pasti selalu support aku, dengar masalah aku....tapi.......

kadang kala rasa tiada yang memahami diri ku....

bersabarlah duhai hati....jangan cepat mengalah zaff...teruskan usha....ingatlah bahawa Allah swt sentiasa ada.......



wassalam......=,(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...