Followers

Wednesday 6 February 2013

mereka mampu.....=)


Alhamdulillah pada 1 hingga 3 februari 2013 yang lepas satu kem kemahiran asas PRS bagi students diploma UPSI telah diadakan…kem ini disertai lebih kurang 192 orang peserta, 3 orang pensyarah, 6 orang instructor dan 10 orang fasilitator….zaff, nizam, poji, ikin, fas n aishah merupakan instructor bagi subjek ini… dan kami di bantu oleh beberapa org fasilitator iaitu adda, farah, syafiq, abg kud, abg rosman, kak siti, kak aida, kak ila, kak tiah dan kak hajar...Alhamdulillah satu pengalaman baru buat kami…

Kem ini merupkan final projek adik2 diploma ni yang mana merangkul sebanyak 40 markah…..pada awalnya zaf agak gelisah memikirkan tentang kem ini…pelbagai ujian telah Allah berikan kpd kami sehinggalah sehari sebelum kem bermula…alhamdulillah tetapi akhirnya Allah permudahkan juga….serius zaff kata semasa kem ini zaff dan yang lain sudah terlalu penat sebab sebelum ni kami baru sahaja habiskan program selama 8 hari ditempat yang sama….tapi atas rasa tanggungjawab dan amanah, kami laksanakan juga….sepanjang kem ini mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi menerangkan kepada mereka dengan konsep PRS..apa yang seronoknya, sepanjang kem ini mereka perlu memasak sendiri…..jom lihat aktiviti mereka….

aktiviti bermula
mereka lambat sampai sebab ade test...

masak time...


nyanyian lagu tema....

senaman pagi....

iktiar hidup...

BBQ time...


Kini zaff dapat lihat jauh di sudut hati adik2 ini bahawa mereka mahu berubah dan menjadi lebih baik dari sekarang…mereka tidak mahu lagi di hina, dicaci, dimaki tapi mereka mahu berubah…Cuma mereka tidak tahu bila dan bagaimana….sepanjang kem ini juga ukhwah mereka makin rapat antara mereka dan kami…. Zaff pun mula lebih kenali mereka….seronok dapat kenal mereka yang sebenar…mereka ni sebenarnya sangat baik cuma kadang kala perbuatan yang salah itu membayangi perbuatan baik mereka….sempat juga bersembang dengan segelintir daripada mereka dan baru zaff  mula tahu apa yang mereka mahu…mungkin ada segelintir yang berkata zaff terlalu berlembut dengan mereka, tapi itu cara zaff dan zaff tahu ia pastinya Berjaya… “kelembutan dalam ketegasan”….

Zaff pasti jika mereka semua tidak berubah pasti ada walaupun seorang yang akan berubah ke arah yang lebih baik…seronok sangat dapat membantu mereka kerana ibarat zaff membantu diri zaff sendiri…bukan mudah untuk mengubah seorang insan tapi percayalah bahawa ‘kelembutan takkan pernah kalah dengan kekerasan’…pendekatan yang betul perlu bagi membimbing mereka..

add, ikin dan farah......

zaff dan ikin....

balik time.....


Serius abg sangat bangga dengan adik2 semua…teruslah usaha untuk kecapi sebuah kejayaan….kita telah mulakannya dan jangan pernah kenal erti kalah….kita pasti jatuh tetapi jangan pernah penat untuk bangun dan jatuhlah yang banyak mengajar kita untuk terus bangun….. seronok dapat kenal dengan adik2 semua…walaupun kem ini telah berakhir ingatlah bahawa ukhwah kita semua takkan pernah berakhir hingga ke hujung nyawa….tQ kerana adik2 sudi hadir di sudut hati kami…serius abg kata yang adik2 telah buat abang kuat dan terus bangun dan percayalah bahawa abang juga pernah jatuh dan memilih untuk bangun…..tQ atas segalanya dan maaf jika ade teremosi semasa kem terutama buat sahabatku hanizam dan fauzi….. aku cuba untuk kuat sepanjang kem walaupun didalam ati aku cukup perit dan terlalu rindu…aku pasti korang faham sebab korg sahabat aku dunia akhirat…
Thanz atas segalanye semua……..

nizam, zaff dan poji....

poji, zaff dan nizam...sahabat selamanya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...