Followers

Saturday 14 January 2012

turutan kelahiran....=)

assalamualaikum wbt...

juz nak berkongsi tentang something yg ak bljr dlm kaunseling...kat bawah ni adalah ciri-ciri kita menurut turutun kelahiran berdasarkan alfred adler iaitu pengasas teori psikologi individu...=)....pada mse yg sme mcm ak stdy smule lah ni...nak2 pulak isnin depan ni exam teori-teori kaunseling.... 


Pertama, anak sulong akan mengalami perasaan terlepas pandang oleh kedua ibu bapa. Ini kerana kasih sayang dan tumpuan ibu bapa beralih arah terhadap adiknya. Anak ini mengalami situasi dethroned. Dia harus belajar berkongsi kasih dengan adiknya. Ibu bapa pula meletakkan harapan yang tinggi apabila anak ini melangkah ke alam pra- sekolah. Ibu dan bapanya sering membahukan tanggungjawab kepada anak ini berbanding dengan adik- beradik yang lain.
Anak sulong dijadikan sebagai model kepada adik-adik mereka. Kesan dari layanan yang diterima ini, cenderung untuk menjadikan anak sulong ini bersifat agak tegas dan autokratik. Dia turut merasakan dia sentiasa mempunyai hak kuasa ke atas adik- adiknya. Dia boleh menjadi seorang yang ringan tulang jika ada dorongan yang dihulurkan oleh ibunya atau ayahnya. Kebiasaanya, anak sulong sering beralih arah untuk  mengharapkan keprihatinan daripada ayahnya setelah lahir anak kedua dalam keluarga.

Bagi anak kedua, sifat anak ini selalunya lebih agresif berbanding dengan anak sulong. Dia selalu dibantu dalam banyak perkara dan sentiasa ada penyokong di belakang kejayaannya sama ada ibu, bapa, kakak atau abangnya.         
Dia turut mempunyai daya saing yang lebih tinggi dan sering kali berlumba- lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada adik- beradiknya yang lain. Anak kedua boleh menjadi seorang yang degil atau cuba dilihat menyerlah daripada orang lain dalam apa-apa perkara.

Menurut Adler, anak tengah umpama sandwich. Anak tengah sering merasa dirinya terhimpit dan tidak menyerlah dalam keluarga. Sikapnya juga adalah agresif dan cepat marah. Dalam hidupnya, dia sentiasa mencuba ke arah mencari suatu keadilan bagi dirinya sendiri mahupun untuk individu lain. Dia seorang yang drastik dalam bertindak.

Anak bongsu pula, hidupnya dibelakangi oleh banyak ketua. Abang-abang ataupun kakak-kakaknya cuba menjadi pengajar kepadanya dan ini seolah-olah dia mempunyai banyak ibu dan bapa. Namun, dia tidak mengalami situaside throne berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia ini sering berhasrat ingin menjadi besar atau lebih berkuasa daripada orang lain. Dia mempunyai cita- cita yang besar tetapi seringkali kecundang di tengah jalan. Kadangkala anak ini tidak membesar dengan matang dan masih bersifat keanak-anakan walaupun dia sudah remaja.

Bagi anak kembar, salah satu daripada pasangan kembar ini akan bersifat lebih agresif, cerdas, dan aktif. Maka, ibu bapa mereka cenderung melihat salah seorang daripada mereka adalah kakak atau abang kepada yang satu lagi.

Anak kembar boleh mengalami masalah ketidaktentuan identiti. Pasangan kembar yang lebih menyerlah akan menjadi ketua dan model kepada pasangannya yang lebih lemah dan pasif. Adler percaya setiap individu mempunyai cara hidup yang unik dan apa yang berlaku kepadanya adalah ditentukan oleh persepsi dan penilaian dia terhadap persekitaran.

Terakhir ialah anak tunggal. Ia tidak mempunyai saingan daripada adik beradik lain dan menjadi satu-satunya tumpuan dalam keluarga, lebih-lebih lagi jika kehadirannya sangat dinantikan oleh ibubapa. Anak tadi akan diabaikan jika kehadirannya tidak dikehendaki  oleh ibu bapa. Namun begitu, biasanya anak tunggal akan ditatang bagai minyak yang penuh. Keadaan ini boleh menimbulkan  masalah hubungan interpersonal kepada  anak tadi apabila beliau dewasa kelak.

juz untuk suka-suka.....^_^...
gmbr kucing tu xde kaitan pn...huhuhu...
wassalam....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...