Followers

Tuesday 12 February 2013

sedikit tapi bermanfaat...


Assalamualaikum wbt…..


Alhamdulillah masih berkesempatan menulis di sini…baru2 ni zaf ade bace sebuah buku bertajuk Sinergi karya Hilal Asyraf yang dihadiahkan oleh sahabat zaf…dah lame dapat buku ini tapi baru berkesempatan membaca…baru masuk dua bab zaff bace dan dah rase tertarik dengan buku ni…bukan ape, zaff ni jenis yang tak suka baca novel so kira bertuah le kalau baca tu…huhuhu…ayat2 dalam buku ni sangat menarik dan memberikan semangat…zaff tertarik dengan  ayat dalam novel ini iaitu,

“kita dibesarkan dalam suasana yang sama dengan mereka juga, tapi dengan izin Allah kita diberikan nikmat kefahaman. Bukan semua orang dapat merasa nikmat macam kita. Kita berusaha mencari. Fikrah Islam yang ada pada kita bukan datang bergolek.”


Apa yang zaff ingin sampaikan ialah kita jangan terus menyalahkan mereka yang melakukan kesalahan dan kemungkaran tapi kita perlu membantu dan membimbing mereka... maka hati zaff tergerak untuk ke Smk Alor Akar dan berkongsi secebis ilmu ini bersama adik2 di sana. Zaff datang ke sana pada hari kamis malam jumaat. Selepas bacaan yaasin zaff ambil masa seketika untuk menjalankan satu modul bersama mereka. Modul ni pun zaff pelajari daripada senior zaff iaitu modul oren.

bacaan yaasin

Modul ini kelihatan simple tetapi besar matlamatnya. Modul ini memetik kisah zaman nabi iaitu kisah nabi dengan seorang wanita Yahudi yang memberikan sebiji limau kepada nabi. Nabi memakan limau tersebut dengan senyuman walaupun limau tersebut masam. Para sahabat berasa hairan kerana nabi tidak berkongsi dengan mereka. Setelah perempuan yahudi itu beredar, nabi pun menyatakan bahawa baginda tidak memberikan kepada para sahabat kerana risau wajah para sahabat akan berubah ketika memakan limau tersebut dan akan melukakan hati wanita tersebut… betapa mulianya peribadi Rasulullah…

Maka zaff pun mengedarkan limau kepada empat orang daripada adik tersebut dan suruh mereka makan. Ada yang berkongsi dengan rakan2. Ada limau yang manis dan masam. Kemudian zaff pun menyatakan kepada adik2 di sana apa yang sebenarnya zaff ingin sampaikan… pada masa yang sama zaff kaitkan dengan apa yang zaff bace dalam buku tersebut. Walaupun sedikit zaff yakin dengan kuasa Allah ianya mampu membuka hati mereka. Memang kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan tapi kita boleh cuba mengelakkan diri daripada melakukannya.


~bersama adik2 di sana..~

Setelah selesai modul kami menunaikan solat isyak secara berjemaah. Kemudian sempat berbual dengan segelintir adik2 di sana.. ada yang menyatakan tentang cita2 mereka dan hasrat ingin berubah. Zaff tahu mereka mampu mungkin kerana tidak tempat untuk mengadu dan berkongsi menyebabkan hasrat mereka terbuku. Semoga dengan luangan masa bersama mereka dapat membantu mereka mengorak langkah mengejar cita-cita.

Dalam apa perkara sekali pun jangan pernah lupa meminta daripadanya dan kadang kala kita lupa akan kehadiran sahabat disekeliling kita. Sentiasalah mendoakan yang terbaik untuk rakan2 kita, in sya Allah dimakbulkan. Terus berusaha untuk berubah selagi nyawa terus bernafas. Abang akan sentiasa menyokong adik2 dan mendoakan yang terbaik untuk kalian.. semoge Allah permudahkan segala usaha adik.

Sabda Rasulullah SAW :
sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” (riwayat Bukhari)

~zaid, zaff n eba...~

~zaff n kirin...~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...