Followers

Sunday 12 May 2013

bertuahnya mereka...=)

assalamualaikum wbt...

bertuahnya mereka....

kita dilahirkan dengan pelbagi liku kehidupan tetapi kita terus tabah menghadapi segala ujiannya...ada yang mampu dan ada yang merungut menghadapi segala cubaan ini...tanpa kita sedari masih ada insan2 kecil yang mana terus tabah menghadapi ujian dan cabaran daripada Ilahi....


~disebalik sebuah senyuman...~

arini zaff berkesempatan menghadiri program anjuran exco keusahawanan dan exco kebajikan kolej za'ba di rumah anak yatim baitul marhabah...sebenarnye arini zaff terlalu penat tetapi jauh di sudut ati zaff menyeru zaff utk tetap sertai program ini dan alhamdulillah program ini merupakan satu program yang tidak sia-sia buat diri zaff....setiap wajah adik2 ini menggambarkan satu perasaan yang tak mampu di ungkapkan dengan kata....badan zaff semakin lemah tapi zaff terus kuatkan diri dan tersenyum demi melihat sebuah senyuman daripada insan yang begitu istimewa pada zaff...


 ~aktiviti bermula...~
 ~seronoknye mereka...~

~with adik zaid...~

pada awalnye semua agak malu2 tetapi alhamdulillah mereka semakin rapat dan terus menghampiri kami semua...kami semua sedaya upaya mencurah kan kasih sayang semampu yang kami beri...mereka gembira, tersenyum dan kami melayan kerenah mereka dengan gelak tawa...kini sudah tiba waktu solat dan semua berada di ruang solat...sungguh bertuah zaff lihat adik2 ni kerana di didik dengan ilmu agama yg sangat mendalam di sini...semasa membaca doa selepas selesai membaca al-Quran, zaff hampir menitiskan airmata...


 ~menunggu waktu zohor...~

 ~sejuk hati melihat mereka...~

aktiviti diteruskan lagi dan mereka semua seronok wlaupun kelihatan keletihan pada wajah adik2 ni...semua begitu bersemangat...lingkungan pkul 3.30 ptg, majlis penutup di laksanakan...setelah selesai, kami solat asar berjemaah...kami semua dijangka pulang jam 6.30 ptg....tibe2 adik ikram masuk ke dalam bilik dan aku menyusuri nye....katenye mereka taknak makan BBQ yg disediakan sebab kami semua balik awal...begitu juga adik zaid dan yg lain2....adik ikram dan adik zaid ni sangat rapat dengan zaff sepanjang program...setelah dipujuk, alhamdulillah berjaya...



adik ikram yg begitu bersemangat....=)

 ~adik zaid yg mmg suka kamera...sangat comel....~

 ~adik ikram n his nasyid team...dia vokalis utama...~


zaff berkongsi satu pinggan dengan adik ikram dan ketika itu hati kecil ini menangis melihat wajah-wajah adik2 ini yang begitu gembira bersama kami sedangkan begitu besar dugaan dan cabaran yang Allah berikan kepada mereka...setelah selesai makan, kami semua bermain bersama-sama dan zaff berasa begitu pilu untuk meninggalkan mereka...melihat adik-adik semuda usia darjah satu telah belajar berdikari di sini..



 ~abg husin bercerite....~

 ~me, adik ikram n adik anas...~


 ~makan...~


~adik zaid...~


sekali lagi zaff tersentuh melihat ada yang menyapu sampah, mengemas, melipat baju dan pelbagai lagi...begitu hebat mereka di mata zaff...beberapa lagi minit tinggal dan zaff pergi bersalam dengan adik2 ini...zaff cium dahi mereka dan meninggalkan nasihat buat setiap daripada mereka....kelihtan ikram tidak diam duduk...kehulu kehilir...kami memberikan lambaian terakhir dan zaff melihat matanya semakin merah dan akhirnya menitiskan airmata...zaff cuba menghampirinya... kemudian dia terus tersenyum dan beredar masuk kebilik....


begitu sucinya hati seorang anak kecil yang masih belum memahami erti sebuah kehidupan tetapi di beri cabaran yang begitu hebat...mungkin kita dapat melihat mereka tersenyum bersama kita di sini tapi percayalah bahawa jauh di sudut hati mereka yang mereka rindukan erti sebuah kasih syg....dan percayalah bahawa mereka sangat perlukannya.... cuba lah untuk memberikan kasih syg kepada mereka kerana zaff fahami betapa peritnye hidup tanpa kasih seorang ibu ataupun ayah...


~dengan adik ikram saya...~


bersabarlah wahai adik2 kecil....adik2 begitu bertuah kerana adik2 adalah insan yang terpilih....percayalah bahawa Allah pilih adik2 sebab Allah sygkan adik2....teruslah kuat dan disebalik hujan lebat ini sebenarnya Allah nak berikan pelangi yang indah buat adik2....kepada exco keusahawanan dan exco kebajikan kolej za'ba, tQ so much sbb menjemput zaff utk program ini...program yg sgt hebat...alhamdulillah zaff memeperolehi satu pengalaman yang sangat indah....to adik ikram yang dah darjah enam tahun ini, teruskan kuat dik dan abg bangga dengan adik...kepada semua adik2 tersayang baitul marhabah, semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi...abg sntsa doakan yg terbaik buat kalian...sayang adik2 selamanya...=)


 ~tersenyum....~

~sayang mereka....~
~hadiah daripada adik zaid...~


wassalam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...