Followers

Friday 20 September 2013

perlukah aku menangis....

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...

hari ini tergerak hati zaff untuk menulis di sini...tak tahu kenapa zaff terasa sangat lemah tapi zaff cuba untuk terus bertahan sehingga kan otak ini seolah-olah berhenti memikirkan perkara-perkara lain selain daripada nasib adik-adik junior kolej za'ba....zaff bukan seorang yang sangat kuat tetapi secara tiba-tiba semangat dan kekuatan itu hadir dengan sendirinya...

~group zaff...~

sangat berat untuk melepaskan adik-adik junior kolej za'ba untuk berpindah ke kolej lain tetapi kami terpaksa...walaupun zaff sering menjadi pembakar semangat dengan melemparkan kata-kata motivasi kepada adik-adik semasa perjumpaan, tetapi hati ini terlalu rapuh dan menangis....walaupun senyuman ini sentiasa menemani adik-adik tatkala perjumpaa, tetapi zaff rasa seperti zaff kehilangan sesuatu yang sangat besar..tambahan pula melihat ukhwah yang sangat indah di antara kalian membuatkan abg tersentuh... walaupun baru seketika kita semua bersua tetapi ikatan yang terbina sangat luar biasa.....

zaff cuba untuk melepaskan semua perasaan hiba,  tetapi diri ini tidak mampu lagi untuk menangis...ketika memperjuangkan hak adik-adik untuk stay di kolej za'ba, zaff ibarat mempunyai semangat yang baru tambahan pula para MMKZ sentiasa bersatu demi mempertahankan amanah yang kami pegang selama ini...tetapi kami terpaksa gugurkan segelintir daripada mereka...terlalu perit untuk membuat keputusan ini...

~menangislah jika ia mampu membuatkan kita terus kuat~

kepada adik-adik junior kolej za'ba yang abg sangat-sangat sayang...plizz keep strong, tak kira di mana sekali pun adik-adik berada, adik-adik tetap sebahagian daripada kami, dulu, kini dan selamanya....buktikan kepada semua bahawa adik-adik insan yang kuat dan tabah...seperti abg selalu kata adik-adik merupakan insan yang terpilih...teruslah menyerlah....biarlah kali ini kita jatuh, kita tersungkur, tetapi jangan pernah biarkan diri kita untuk terus tersungkur...bangkit dan teruslah bangkit wahai adik-adikku....

bersama adik-adik semua membuatkan abg merasakan sangat di hargai...tambahan pula dengan post-post dan video-video di group MOZA...sangat menyentuh hati ini....serius yang abg sayang sangat-sangat dekat adik-adik semua...terlalu berat untuk menghadapi semua ini...semoga semua kenangan yang pernah kita bina akan kekal abadi hingga ke akhir hayat...sekali adik-adik hadir dalam hati kami, selamanya kekal di hati kami...love u all somuch...i will miss u all.....inilah perpisahan termanis yang pernah abg rasai....wassalam....









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...