Followers

Monday, 27 January 2014

sebab rindu...

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

alhamdulillah masih berkesempatan untuk terus menulis di sini...sudah agak lama tidak menjenguk di sini...hari ini zaff nak berkongsi sedikit cerita bersama kalian...

pada 25 januari 2014 yang lalu, zaff dan beberapa orang rakan telah bersama2 bagi program kepimpinan sekolah...setelah selesai program kami plan untuk stay hingga ke petang...zaff plan nak balik rumah petang tu kerana keesokan harinya zaff perlu pulang ke UPSI...

sedang kami seronok bergelak tawa di dorm asrama, tiba-tiba syafiq dtg bersama bakhtiar sambil menitiskan air mata...katanya ayah bakhtiar telah kembali ke rahmatuAllah...menggeletar tubuh ini...faizal dan rusydan segera ke kereta masing2 dan menghidupkan enjin kereta...kami segera bergerak ke hospital...setibanya di hospital hanya bakhtiar boleh masuk ke wad..kami hanya tunggu diluar...


syafiq keep on menangis kerana terlalu sebak...kelihatan nizar menghadap dinding sambil menitiskan airmata...nizar merupakan kawan rapat kepada bakhtiar...segera aku memeluk nizar dan membiarkannya menangis dibahuku...teresak-esak nizar menangis... aku menjadi semakin sebak..zulhilmi n syafiq segera ke arah aku dan memelukku...aku cuba untuk tahan... aku segera mendapatkan syamil dan memeluknya seeratnya...aku menangis tanpa henti....segala yang aku pernah hadapi selama ini hadir diminda...semua hanya mampu terdiam dan membiarkan aku menangis...


selepas itu kami turun ke unit forensik...kami berkumpul beramai2..ahli keluarga bakhtiar bertemu kami dan berterima kasih kepada kami semua...kami hanya mampu tersenyum sedikit sahaja...aku dan rusydan pun terus mengubah plan dan tak jadi pulang pada petang itu..begitu juga faizal..kami plan utk terus di asrama dan bersama-sama dalam majlis tahlil...

selepas selesai tahlil zaff mengambil sedikit ruang utk sesi tazkirah...zaff bercerita tentang kematian dan tanggungjawab sebagai seorang anak..zaff juga turut mengaitkan dengan peristiwa yang berlaku pada hari tersebut...mula kedengaran tangisan daripada adik-adik asrama yang ada ketika itu...zaff menjadi semakin sebak...setelah selesai, zaff keluar dan memeluk nizar yang sedang menangis...zaff juga tidak dapat menahan lagi...airmata ini turut mengalir...

kemudian zaff segera ke arah rusydan yang sedang menangis...ketika itu perasaan rindu zaff terhadap arwah mak semakin membuak-buak dan tidak tertahan lagi...kami nangis bersama-sama..rusydan juga telah kehilangan ayahnya ketika tingkatan 5...zarul yang ada di situ keep on terus memujuk kami...haziq yang mana pelajar form5 trut mengalir mata dan ianya merupakan kali pertama zaff melihat dia menangis sejak selepas ayahnya pergi ketika dia di tingkatan 1...suasana pada malam tersebut sungguh sayu dan penuh dengan airmata...kehadiran shazraei  pada malam itu dan melihat wajah2 adik2 asrama berjaya membuatkan zaff mengukir senyuman....alhamdulillah...

zaff sangat bersyukur kerana Allah hadirkan terlalu banyak insan yang sentiasa ada dan support zaff...terima kasih yang tak terhingga...mungkin ada kawan-kawan yang kata zaff nampak lain sejak balik dari kuantan...bukan apa, perasaan sayu itu masih hadir dan zaff masih mencari diri zaff yang sebenar...harap semua dapat berikan zaff ruang...terima kasih kepada semua insan-insan yang tak pernah jemu hadir di dalam diri ini... 


dari Nya kita datang, kepadaNya kita kembali...al-fatihah...


terima kasih membuat diri ini terus tersenyum...=)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...