Followers

Wednesday 19 December 2012

jika sayang masih ada....

assalamualaikum wbt......

harini zaff nak cerite dengan semua tentang amali modul zaff iaitu subjek kelompok berstruktur yang zaff ambik semester ini....dalam subjek ini kami di kehendaki mengendalikan modul yang di cipta sendiri mengikut 24 buah tema yang di berikan oleh pensyarah...maknanya setiap orang akan menerima tema yang berbeza....zaff mendapat tema 'KEROHANIAN' dan tajuk modul zaff ialah 'jika sayang masih ada'....mula-mula dapat tema ini memang dah terasa cabarannya....jom lihat zaff kendalikan modul ini.....

pada mulanya semua peserta di kehendaki merekacipta barang daripada bahan terpakai mengikut kreativiti mereka....mereka di kehendaki membuat dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati...jom lihat gelagat mereka dalam perlaksanaan modul ini.....

 ~khusuknya nizam n poji...~

 ~semua kreatif dengan hasil kerja masing-masing....~

 ~zaff memerhatikan mereka melaksanakan tugasan...~

 ~azimah dengan karyanya...~

 ~nani, matun dan nisa dengan karya masing-masing...~

~siap pun...~

semua ahli sangat gembira setelah selesai...tidak dapat dinafikan bahawa hasil kerja mereka sangat mengagumkan dan sangat kreatif.....semua menyatakan bahawa mereka melakukan seikhlas hati dan terselah nilai sentimentalnya....

~cantik x hasil karya mereka...sangat kreatif...~

semua menyatakan sangat sayang dan nak bawa pulang hasil karya mereka ini...zaff pun puji hasil karya mereka dan tiba zaff mengangkat satu beban yang berat dan menghancurkan hasil karya mereka....semua terjerit dan tergamam...maka jadilah seperti di bawah....

~selepas di hancurkan.....habis musnah...~

semua terpinga-pinga seketika...tiba-tiba lampu di matikan dan muzik sentimental dimainkan....zaff menyatakn bahawa kita kadang kala jarang menghargai apa yang ada di depan mata kita...sebagai analoginya, ibu bapa kita mendidik kita sejak dari kecil tanpa mengenal erti penat lelah tapi kita terlalu mudah menhancurkan harapan mereka seperti mana hancurnya karya mereka ini...dicipta dengan penuh ikhlas dari hati tapi sekelip mata musanah....

kita juga mudah lupa jasa ibu bapa membesarkan kita dari sebesar tapak tangan tapi kita bersenang lenang di sini dan hanya tahu meminta duit...kita juga sering kali jauh dari Allah sedangkan jutaan nikmat Dia curahkan kepada kita semua...maka hargailah segala nikmat yang kita perolehi....

hampir semua di situ menitiskan airmata keinsafan...kemudian zaff mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan....zaff sangat tersentuh mendengar luahan daripada kawan baik zaff iaitu nizam yang tidak pernah mengenal erti kasih syg seorg ayah kerana telah meninggal sejak dia kecil dan katanya semasa menyiapkan hasil karyanya dia teringatkan ibunya dan sumber ilham akan karyanya ialah ibu beliau....ketika itu zaff terus menitiskan airmata zaff memandangkan zaff telah kehilangan ibu beberapa bulan yang lepas.....

luahan hati dari matun dan fauzi juga telah membuka mata kami seluas-luasnya.....alhamdulillah modul ini telah membuka hati kita semua.....syukur alhamdulillah....dan pada zaff sendiri, zaff berjaya melaksanakan modul ini....zaff juga terkejut kerana seorang rakan zaff yang berbangsa cina iaitu wong turut menitiskan airmata...semasa sesi komen daripada pensyarah, pensyarah memberikan komen yang positif hampir kesemuanya....zaff berasa sangat gembira....alhamdulillah di permudahkan oleh NYA....

 ~our team...~
~kami semua...~

semua ini tiadk akan berjalan dengan lancar tanpa sokongan pensyarah dan rakan-rakan.....thanz kalian atas sokongan anda semua...zaff sangat2 terharu dan sayang akan kalian....semoga ukhawah kita semua berkekalan dan mendapat berkat daripada NYA....amin...semoga kita semua menjadi kaunselor yang hebat kelak.....sekian...wassalam....salam maghrib.....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...