Followers

Tuesday 17 July 2012

kasih abah.....

assalamualaikum wbt....

pagi tadi alhamdulillah di kejutkan oleh abah seperti biasa untuk solat subuh...suara lembut dari abah mengejut anaknya untuk beribadah kpd Allah swt.....selepas solat subuh, ngadu kat abah yang jari bengkak...abah pun ambik minyak panas n urut jari aku.....

~prasan x yang jari tengah tu bengkak....~

begitulah kasih seorang abah yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak2 nya.... nak2 pulak kini abah bergelar bapa tunggal so tanggungjawab untuk menjaga abah sepenuhnya terletak pada aku dan adik beradik....kami sentiasa cuba yang terbaik untuk buat abah terus tersenyum...

tadi selepas solat zohor...tiba2 air mata mengalir tatkala teringat bahawa nnti abah akan tggal keseorangan apabila kuliah aku start semula pada awal bulan 9....terasa amat berat hati ini untuk meninggalkan abah sendirian...nak2 pulak perak dan pahang ni bukannya dekat....tapi aku akan sentiasa doakan yang terbaik utk abah...

alhamdulillah sepanjang Ramadhan ini insyaAllah aku akn menemankan abah...sepatutnya kini aku berada di Kolej Za'ba UPSI bagi gerak kerja untuk semester depan...tetapi keadaan sekarang sangt tidak mengizinkan...aku perlu menjalankan tanggungjawab yang lebih besar daripada segalanya iaitu menjaga abah tersayang...thanz a lot to Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za'ba UPSI yg sangt memahami situasi aku sekarang....hanya Allah s.w.t shja yg mmpu membls jasa baik kalian...

semoga aku dan keluarga terus tabah menghadapi ujian darinya nak2 pula Ramadhan semakin hampir....salam ramadhan buat semua....wassalam....

~arwah mak, aku n abah....~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...